Glitter Words

Wednesday, September 7, 2011

Kajian Kemungkinan ( Feasibility Study )


Definisi
Satu kajian ke atas sumber-sumber semasa dan akan datang ke atas manusia, fizikal dan kewangan bagi menjamin penggunaan
sumber yg optima yang diukur mengikut kriteria khusus dalam konteks kehendak- kehendak komersil dan sosio-ekonomi
semasa dan akan datang. (Khairani Haji Ahmad, 2005)
 
 
Keperluan Kajian Kemungkinan
  • Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai projek yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh projek dan menasihati pihak gunawan tentang hal-hal berkaitan dengan pembinaan dan kos-kos yang terlibat.  Di peringkat ini pihak-pihak yang terlibat akan menyediakan satu penilaian yang tepat berkenaan kos yang akan terlibat bagi melaksanakan projek ini.
  • Sekiranya selepas kajian yang akan dijalankan ini tidak menguntungkan bagi pihak gunawan sekiranya projek ini diteruskan, maka ahli-ahli perekabentuk akan menasihati dengan memberi cadangan agar projek ini tidak diteruskan kerana ianya tidak menguntungkan ataupun tidak sesuai.
  • c.Kajian kemungkinan adalah suatu kajian pembangunan harta tanah untuk menentukan samada projek itu patut dilaksanakan.Jika patut dilaksanakan, cara terbaik untuk mengoptimakan pulangan dari projek tersebut, dan keperluan pembiayaan dari sumber lain selain daripada modal pemaju/pelabur.
  • d.
  • Untuk mengenalpasti keadaan pasaran (tahap permintaan dan penawaran serta keperluan) sebagai asas rujukan kepada jenis pembangunan yang memberi pulangan yang optima
  • Untuk menyediakan asas untuk perincian rekabentuk dan pembinaan
  • Untuk  menyediakan analisis kos pembangunan dan analisis nilai pembangunan kasar, sebagai rujukan kepada cadangan pembangunan yang berdaya maju.
  • Untuk mengenalpasti ciri-ciri tapak dan keadaan persekitarannya iaitu dari segi fizikal, perancangan dan perundangan, termasuk juga aspek-aspek sosial dan politik; sebagai asas rujukan kepada dayamaju projek dari segi fizikal atau teknikal, perundangan dan sosial.
 
Perkara yang terdapat di dalam penyediaan kajian kemungkinan
 
1.Kajian cadangan merekabentuk bangunan, dengan melihat rekabentuk yang paling sesuai dan munasabah.
2.Kajian jangkamasa projek siap.
3.Kajian tentang tapak binaan, dengan merujuk kepada keadaan topografi untuk merekabentuk tentang cadangan dan tujuan.
4.Kajian tentang keuntungan apabila projek itu siap dengan merujuk kepada pasaran, siapa pembeli yang berpotensi sekiranya bangunan yang dibina itu untuk dijual.