Glitter Words

Tuesday, September 6, 2011

Sejarah Profesion Jurukur Bahan di Malaysia

Bidang Ukur Bahan telah dibawa masuk ke Malaya ( sekang adalah Malaysia) dalam tahun 1950-an, selepas Perang Dunia II oleh orang British. Pada ketika itu, pendidikan, latihan kemahiran dan bidang ukur bahan ini bersesuaian dan diperlukan oleh orang tempatan. Pada awal kedatangannya, bilangan orang-orang yang terlatih dalam profesion ini adalah sangat rendah dan kebanyakan mereka datang dari United Kingdom. Penduduk tempatan pada waktu itu, hanya dilatih membantu Jurukur Bahan (Quantity Surveyor).
Secara umumnya amalan QS di Malaysia adalah agak sama seperti yang di amalkan di UK. Ini kerana, pada tahun 1934, orang-orang yang bertanggungjawab membawa perkhidmatan QS ke Malaysia ialah David Waters dan Eric Watson, dua orang Juruukur Bahan British. Sebuah firma kecil telah ditubuhkan di Singapura di bawah nama mereka "Waters & Watson". Pada ketika itu, Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia.

Bangunan pertama yang menggunakan "senarai kuantiti" adalah bangunan Mahkamah Agung di Singapura, yang dibina dalam tempoh 1937 sehingga tahun 1939. QS yang bertanggungjawab ialah David Niven dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Perang di Asia Tenggara pada tahun 1941 telah menjejaskan profesion QS.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.
Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat. Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang.

Tugas seorang Jurukur bahan (Roles of QS)

  • Menyediakan dokumen tender dan dokumen kontrak, termasuk senarai kuantiti;
  • Menjalankan analisis kos untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan projek di masa hadapan;
  • Membantu dalam memenuhi keperluan pelanggan dan menjalankan kajian kemungkinan;
  • Melaksanakan Value Management dan mengawal kos;
  • Memberikan nasihat tentang strategi perolehan;
  • Menyediakan laporan tender dan menganalisis tender;
  • Mengagihkan kerja kepada subkontraktor;
  • Memberikan nasihat mengenai tuntutan kontrak;
  • Menganalisis hasil dan menulis laporan kemajuan kerja yang terperinci;
  • Menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan mengatur pembayaran;
  • Menyediakan Final Account;
  • mengira perubahan harga bagi perubahan